http://www.impianwarisan.com
TIDAK pasti kopi manakah yang akan dibeli kerana ada berbagai-bagai adunan kopi di pasaran?Sesuaikah ia untuk anda? Apa kandungannya? Yang penting, apa khasiatnya?Memperkenalkan Kopi Guarana keluaran DESQUERA. Bukan sekadar kopi biasa. Rasanya memikat penggemar kopi; bukan penggemar pula terpikat dengan rasa, aroma yang begitu harum menyegarkan! Khasiatnya? Kopi ini mengandungi khasiat Guarana, buah yang berkurun tumbuh liar di Amazon. Banyak khasiat khusus dalam kopi ini. Jadi, anda bukan sahaja mendapat kopi yang sedap, enak, menyegarkan dalam aroma yang menggiurkan bahkan anda meminum kopi berkhasiat tinggi. Tepatlah -- bukan kopi biasa. Secara tiba-tiba, Kopi Guarana ini mendapat sambutan yang begitu mendadak. Tentu ada sebab mengapa kopi ini kini menjadi sebut-sebutan.
MEMPERKENALKAN produk ini adalah mudah kerana rata-rata penduduk Malaysia adalah penggemar kopi. Bawa sekotak Kopi Guarana ke mana sahaja, terutamanya bila minum di kedai kopi. Minta hanya air panas dan bancuhlah kopi Guarana di hadapan rakan-rakan.Letakkan kotak di atas meja.Aroma dari Kopi Guarana tersebut menimbulkan tanda tanya. Jangan lupa juga memperkenalkan Kopi Guarana kepada pekedai di tempat anda minum itu.
Antara khasiat Kopi Guarana:
>> Menyegarkan
>> Menambah Tenaga
>> Mempercepatkan Proses Berfikir
>> Menahan Selera
>> Mengindarkan Kelesuan
http://www.impianwarisan.com
Friday, April 25, 2008
Wednesday, April 16, 2008
BUAT ? BUAT APA?
http://www.impianwarisan.com
SAYA tak tahu sama ada anda kerap mengalaminya. Bila bertemu kawan lama, pertanyaan yang lazim ialah, “Buat apa sekarang?”atau “Masih buat X?” Pertanyaan itu seolah-olah mempertikaikan pekerjaan kita sekarang, atau mungkin memandang rendah, atau menganggap pekerjaan kita tidak stabil, boleh bertukar-tukar.Yang peliknya, bila bertemu doktor, guru atau kerani misalnya, tidak pula terdengar pertanyaan, “Masih jadi doktor?” atau “Doktor apa sekarang? Doktor ayam?”
Dan pertanyaan seumpamanya memang begitu galak sekali di dalam MLM. Soalan lazim dan hampir kepada wajib, “Masih buat syarikat X?” atau “Masih buat MLM?” Biasa ditanya begitu? Soalnya mengapa? Mengapa seolah-olah MLM ini dianggap sebagai usaha yang sementara? Seolah-olah usaha MLM ini tidak pernah stabil?
Seandainya, sejak dulu lagi mereka yang mengusahakan MLM tidak hanya memfokus kepada wang; seandainya MLM tidak hanya dikaitkan dengan ceramah Motivasi, seandainya mengusahakan MLM sama seperti mengusahakan perniagaan lain, beretika -- pasti tidak akan ada pertanyaan yang mempertikaikan itu.Bukankah sekarang masanya kita mengubah cara dan budaya kita untuk generasi akan datang, untuk industri ini keseluruhannya. Sekaranglah masanya untuk menjadi USAHAWAN MLM YANG CEMERLANG, bukan pemain sarkis.
Ada perbezaan yang amat ketara antara Usahawan MLM dengan ‘pemain sarkis’.
SUMBER >> RAZZI ARMANSUR

Wednesday, April 2, 2008
AYAM SELAMANYA
CERITA ini dipadankan dari buku kedua karya Idris Mohd Said -- MAHKOTA KEJAYAAN. Kisahnya bermula bila telur burung helang diletakkan bersama telur ayam dibawah ibu ayam yang sedang mengeram. Sampai masa, telur burung helang itu menetas. “Emak!” -itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut anak helang bila pertama kali melihat ‘ibu’nya.
Membesarlah anak helang itu bersama anak-anak ayam lain.Ibu ayam itu tidak pernah membezakan kasih sayangnya terhadap anak helang itu walaupun agak berbeza penampilannya berbanding anak-anak yang lain. Kini anak helang itu sudah besar.
Sebagaimana lazimnya ayam yang sudah besar boleh‘terbang’ pada jarak yang dekat, begitu jugalah dengan helang tersebut.Pada suatu hari terlihatlah burung helang sedang terbang di udara dengan hebatnya. Anak helang itu kagum melihat cantik dan hebatnya burung helang itu terbang melayang-layang.
“Apa tu Mak?” Tanya anak helang.
“Oh, itulah burung helang.”Jawab emaknya. “Burung itu memang ditakdirkan boleh terbang tinggi di udara, bukan macam kita. Kita ditakdirkan hidup di atas tanah.” Anak helang itu mengangguk faham. Mulai hari itu setiap kali ternampak burung helang terbang melayang-layang di udara, anak helang itu memerhatikan dari tanah dengan kagum.
MORAL: Potensi diri boleh terkurung akibat pendidikan yang diterima dari suasana sekeliling.

Subscribe to:
Posts (Atom)