http://www.impianwarisan.com
Apa yang kita fikir tentang diri sendiri amat penting. Lebih penting dari hakikat sebenar. Jika misalnya, saat ini anda belum berjaya, jangan anggap anda tidak berjaya. Belum dengan tidak adalah berbeza. Semuanya bergantung kepada anggapan. Jangan sekali-kali menganggap diri kita kerdil, lemah, tak mampu mencipta kejayaan. Terlalu banyak bukti-bukti bahawa kita ini adalah insan pilihan. Kita adalah manusia yang besar, hebat, berpotensi tinggi. Hanya kerana anggapan terhadap diri sendiri, menjadikan kita berasakan diri kita kerdil dan seterusnya percaya kita tak akan berjaya dalam apa saja bidang.
Bukan maksud kita untuk meninggi atau bermegah. Itu dilarang dalam Islam. Tetapi, kalau kita menganggap diri kita ini kerdil dan tidak mampu, itu maknanya mensia-siakan anugerah Allah SWT. Kita manusia diberi kehebatan diri yang sangat hebat! Kita adalah sebaik-baik makhluk dan semestinya menggunakan kelebihanini untuk membina kejayaan cemerlang, bukan menjuruskan diri kepada kegagalan.
Saya manusia besar, anda manusia besar yang harus malu pada diri sendiri jika kehebatan dan kebesaran diri itu digunakan untuk meneroka kegagalan. Sia-sia saja Allah SWT menjadikan diri kita ini manusia serba hebat, serba besar. Inilah yang akan saya serapkan dalam latihan atau seminar AKTIFKAN BIG-i. Selama 1 jam sayaakan menjelaskan dengan tepat fungsi minda bawah sedar, minda sedar dan fizikal juga bagaimana menggabungkan ketiga-tiganya untuk mengaktifkan kekuatan, kebesaran diri bagi mencapai apa saja kejayaan yang menjadi idaman.Mahukah anda menghadirkan diri? Hanya 1 jam sahaja!
http://www.impianwarisan.com
Tuesday, May 20, 2008
Friday, May 9, 2008
FAEDAH DARI BEKAS AIR BOCOR
http://www.impianwarisan.com
Sudah bertahun tukang kebun itu mengandar bekas air di kanan kiri bahunya menggunakan kayu, melalui lorong yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga dikanan kiri lorong. Saban pagi tukang kebun itu akan melalui lorong itu setelah mengambil air dari sungai yang berhampiran untuk dibawa masuk ke dalam rumah tuannya.
Salah satu bekas air yang besar dan berat itu telah lama bocor, akan tetapi tukang kebun itu asyik terlupa saja untukmenampalnya. “Ah kecil saja bocor ini. Nanti bila dah tak boleh pakai, buang sajalah. Sementara ini pakailah terus.” Kata tukang kebun itu.Bocor tersebut makin lama makin besar. Tukang kebun itu baru saja hendak bersuara meminta bekas air yang baru dari tuannya, barulah dia menyedari sesuatu.
Barulah pada hari tersebut tukang kebun itu menyedari pokok-pokok bunga di kanan kiri lorong lebih subur, lebih menghijau berbanding tahun lepas. Lama dia memikirkan sebabnya barulah menyedari air yang mengalir keluar akibat kebocoran bekas air telah menyirami pokok-pokok bunga di kanan dan kiri lorong.
MORAL: Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Manusia yang zahirnya dianggap kurang, tidak berguna, tetap ada kelebihan yang tersembunyi.
MUTIARA KATA :
Jangan tunggu esok, jika boleh dibuat pada hari ini. [Saidina Ali Karamullah]
Dengan siapa anda bergaul sekarang , itulah gambaran masa depan anda [Kata Bijaksana]

Subscribe to:
Posts (Atom)