Monday, July 14, 2008

SI KATAK DALAM TELAGA BUTA

http://desquera2u.wordpress.com

Seekor katak telah terjatuh ke dalam telaga buta yang tidak dalam menurut pandangan manusia tetapi cukup dalam dari sudut pandangan katak.Si katak itu terkejut bila mendapati bukan dirinya seorang berada di dalam telaga buta tersebut. Ada banyak katak lain yang terperangkap di dalam telaga buta tersebut.Beberapa ekor katak datang mendekati dirinya untuk bertanya khabar tentang dunia luar telaga buta tersebut. Si Katak tersebut hanya mengangguk dan tersenyum sahaja kerana di fikirannya ada rancangan lain iaitu nak melompat keluar dari telaga tersebut, tidak mahu selamanya terkurung di dalam telaga tersebut.
“Tak payahlah kamu mencubanya, kami dah lebih dulu banyak kali mencuba, gagal dan kekal di dalam telaga ini.” Katak tua itu seolah-olah dapat membaca fikiran Si Katak tadi.Si Katak itu hanya senyum dan terus memulakan lompatan untuk keluar dari telaga itu. Lompat, melompat, melompat, berterusan tanpa penat, tanpa henti. Katak-katak lain mula bising di bawahnya.
“Sudahlah, cukuplah... jangan buang masa, jangan cari pasal, jangan cari penat...” Beramai-ramai kata-katak tersebut bising menyuruh berhenti. Dengan sorakan, larangan tersebut, semakin tinggi loncatannya.Akhirnya, Si Katak itu berjaya dengan lompatannya. Ia melompat sekuatkuat hatinya dan berjaya keluar dari telaga tersebut.
Katak itu pun melambai mengucapkan selamat tinggal kepada katak katak lain yang terpinga-pinga di dalam telaga tersebut.
Bagaimana Si Katak tersebut berjaya melompat keluar? Kerana sokongan padu dari kata-katak lain. Katak tersebut sebenarnya pekak, menyangka larangan dari katak-katak lain sebagai sorakan, sokongan dan galakan.


MORAL: Persepsi. Anda berkuasa menukar persepsi suasana sekeliling.Kalau suasana menentang anda, ia boleh ditukar, dianggap sebagai menyokong anda. Ada masanya anda perlu ‘memekakkan’ telinga. Anda mempunyai kuasa dan hak.



http://desquera2u.wordpress.com

Thursday, July 10, 2008

SEBAB IA PERCUMA

http://www.impianwarisan.com

IA PERCUMA sebab itulah tidak dihargai. Seandainya ia berbayar dan mahal, tentulah ia dihargai. Atau bila ia sudah tiada lagi barulah ia dihargai. Berapa orangkah yang benar-benar menghargai air? Tak ramai. Mengapa? Sebab ia murah dan boleh didapati dengan banyak dan murah. Air akan hanya dihargai bila kemarau dan adanya catuan.
MASA dan KUALITI adalah percuma. Kerana ia percuma, tidaklah ramai yang menghargainya. Berapa orang yang sebenarnya mengisi masa yang diperuntukkan untuk menjalankan perniagaan
MLM benar-benar mengisi masa tersebut? Tak ramai. Berapa orangkah yang mempunyai jadual harian untuk menjalankan perniagaan MLM dalam masa yang diperuntukkan? Tak ramai. Berapa orangkah sebenarnya yang berjaya di dalam MLM? Tak ramai. Mensia-siakan masa yang percuma bermakna mensia-siakan masa depan. Anda terpaksa “membayar” harga yang tinggi kerana mensia-siakan masa.
Tidak ramai yang memikirkan dan menerapkan kualiti dalam kehidupan seharian. Tidak ramai yang bertekad untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti semasa mengusahakan MLM. Bahkan ramai yang tidak tahu apa itu sebenarnya kualiti. Bukan tak tahu tetapi tak mahu tahu.
Masa dan Kualiti tak pernah kekal. Ia boleh pergi begitu sahaja jika anda tidak menghargainya. Selalunya ia disudahi dengan sesalan, jika tidak dihargai. SEBAB IA PERCUMA


Dari sumber : Razzi Armansur

http://www.impianwarisan.com

Thursday, July 3, 2008

MENINGKATKAN DAYA INGATAN SECARA SEMULAJADI

http://www.impianwarisan.com

Otak manusia memang luar biasa. Ia mampu mengingat dengan mudah.Cuma kadang-kadang ia “malas” untuk mengingat. Tidak ada istilah lemah ingatan, cuma “malas memgingati”. Ungkapan mengatakan, “Makin berusia, makin tajam ingatan,” sekaligus menolak anggapan bahawa makin berusia makin pelupa. Ia cuma malas, bukan pelupa. DQ MEMORY BOOSTER dapat membantu menguatkan ingatan, sangat baik untuk semua peringkat umur, membekalkan oksigen yang sangat dikehendaki oleh otak.
DQ MEMORY BOOSTER ini mengandungi herba-herba pilihan yang telah dikenalpasti mampu untuk menguatkan ingatan jika diamalkan. Kandungan utama di dalam DQ MEMORY BOOSTER ialah ekstrak Kismis. Kismis sejak sekain lama dikenali sebagai makanan yang mampu menguatkan ingatan kerana ia mengandungi fiber, kalsium, karotene, zat besi, folik asid, fotasium, magnesium, lemak, fosforus, protin, zink, Vit B1, B2, B6, Vit C, galian dan vitamin yang diperlukan oleh otak.
Di samping itu ia mengandungi Ekstrak Kurma, Madu, Ekstrak Zafran, Minyak Habatusaudah, Gingko Biloba, Gotu Kola, Pegaga. Meningkatkan Daya Ingatan Secara Semulajadi Buletin DESQUERA { Muka 2 }
Saya sering mengingatkan kepada diri saya sendiri -- bila sudah 1 tahun berlalu, saya mengingatkan ada 10
tahun lagi menunggu. Bila 2 tahun, ada 20 tahun lagi menunggu untuk dibina dan dikekalkan.
Belum pernah terjadi dalam dunia ini, kita tidak mendapat apa-apa jika kita mengusahakan dengan serius. Pasti akan mendapat “upah” dan “ganjaran” tertentu hasil dari usaha gigih. Anda pasti akan mendapat sesuatu bila sama-sama berusaha gigih “menghidupkan” DESQUERA sehingga menjadi umpama pokok besar yang
berakar umbi. Bila telah rimbun, sama-sama kita bersama anak cucu bernaung di bawahnya sambil menikmati hasilnya.
Marilah sama-sama kita mengusahakan masa depan itu hari ini. Jika hari ini kita tidak terus berusaha dengan gigih, pokok besar tadi hanya angan-angan sahaja.

Tips Menjual

Bawa sampel DQ MEMORY BOOSTER dan galakkan bakal pembeli merasai sendiri kesedapan herba ini. Beritahu ia amat sesuai untuk anak-anak yang masih bersekolah dan yang telah berusia. Tunjukkan testimoni. Terangkan
tentang khasiat Kismis, Madu, Habatusauda, Gingko, Pegaga.


http://www.impianwarisan.com