http://desquera2u.wordpress.com
Seekor katak telah terjatuh ke dalam telaga buta yang tidak dalam menurut pandangan manusia tetapi cukup dalam dari sudut pandangan katak.Si katak itu terkejut bila mendapati bukan dirinya seorang berada di dalam telaga buta tersebut. Ada banyak katak lain yang terperangkap di dalam telaga buta tersebut.Beberapa ekor katak datang mendekati dirinya untuk bertanya khabar tentang dunia luar telaga buta tersebut. Si Katak tersebut hanya mengangguk dan tersenyum sahaja kerana di fikirannya ada rancangan lain iaitu nak melompat keluar dari telaga tersebut, tidak mahu selamanya terkurung di dalam telaga tersebut.
“Tak payahlah kamu mencubanya, kami dah lebih dulu banyak kali mencuba, gagal dan kekal di dalam telaga ini.” Katak tua itu seolah-olah dapat membaca fikiran Si Katak tadi.Si Katak itu hanya senyum dan terus memulakan lompatan untuk keluar dari telaga itu. Lompat, melompat, melompat, berterusan tanpa penat, tanpa henti. Katak-katak lain mula bising di bawahnya.
“Sudahlah, cukuplah... jangan buang masa, jangan cari pasal, jangan cari penat...” Beramai-ramai kata-katak tersebut bising menyuruh berhenti. Dengan sorakan, larangan tersebut, semakin tinggi loncatannya.Akhirnya, Si Katak itu berjaya dengan lompatannya. Ia melompat sekuatkuat hatinya dan berjaya keluar dari telaga tersebut.
Katak itu pun melambai mengucapkan selamat tinggal kepada katak katak lain yang terpinga-pinga di dalam telaga tersebut.
Bagaimana Si Katak tersebut berjaya melompat keluar? Kerana sokongan padu dari kata-katak lain. Katak tersebut sebenarnya pekak, menyangka larangan dari katak-katak lain sebagai sorakan, sokongan dan galakan.
MORAL: Persepsi. Anda berkuasa menukar persepsi suasana sekeliling.Kalau suasana menentang anda, ia boleh ditukar, dianggap sebagai menyokong anda. Ada masanya anda perlu ‘memekakkan’ telinga. Anda mempunyai kuasa dan hak.
http://desquera2u.wordpress.com
Monday, July 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment