Friday, January 11, 2008

Bersedia Dengan 50 Tidak

Jangan salah faham.Anda bukan menjangkakan kegagalan. Semestinya sejak dari mula lagi anda sudah menjangkakan kejayaan.Adalah mustahil proses penajaan anda berjalan dengan lancar.Jadi untuk mengelakkan kekecewaan,bersedialah dengan 50 tidak atau 50 penolakan.Tidak semestinya terjadi sebanyak 50 kali,tetapi sebaik-baiknya bersedia dengan 50 penolakan sejak dari mula.

Selagi belum mendapat 50 penolakan atau 50 tidak,jangan sekali-kali berhenti,jangan sekali-kali berputus asa.Tak berbaloi untuk putus asa sebelum mendapat 50 kali penolakan dalam menaja.Apalah 50 kali penolakan itu dibandingkan dengan Kolonel Sanders (KFC) yang mengalami 1,999 kali penolakan.Mengikut pengalaman masa lalu,'ya'dengan'tidak'adalah seimbang.Ini bermakna semakin kerap anda mengalami'tidak' atau 'penolakan'.

'Tidak'yang diterima bukan sia-sia sebaliknya untuk pendidikan anda;
1- Setiap kali menerima penolakan atau tidak,hendaklah dicatatkan dan dipelajari punca terjadinya penolakan itu.Jangan anggap ia sia-sia atau kegagalan sebaliknya anggap sebagi pendidikan.Sesudah dipejari,dilupakan sama sekali.
2- Anggap'tidak'atau'penolakan'itu sebagai maklum balas. Penting sekali maklum balas tersebut untuk menjayakan usaha anda di masa akan datang.Tanpa maklum balas,adalah sukar untuk mengetahui kelebihan atau kekurangan anda dalam menaja. Maklum balas adalah untuk kejayaan.
3- Anggap'tidak'sebagai motivasi kerana anda sebenarnya semakin hampir denga' ya'
Apabila'tidak'sudah'habis'yang tinggal ialah'ya'.Setiap kali menerima 'ya' seperti tadi, pelajari apa punca yang menyebabkan menerima 'ya' itu.Apa kelebihan yang telah anda lakukan menjadikan anda berjaya menaja dengan cemerlang?Pelajari dan teruskan.

Jangan Anggap Bakal Tajaan Bodoh

Rendahkan ego dan anggap bakal tajaan anda setaraf dengan anda.Jika anda menganggapnya lebih tinggi dari anda boleh menyebabkan anda berasa rendah diri dan takut mendekati.Sebaliknya jika menganggap tajaan anda lebih rendah kedudukannya dari anda,akan menyebabkan
1-Menganggap diri lebih pandai.Ini boleh menjadi punca kegagalan menaja.
2-Boleh terbina anggapan bakal tajaan anda 'bodoh atau tidak tahu apa-apa.Buruk akibatnya jika menganggap diri kita ini saja yang pandai,orang lain semua bodoh.

Menghormati

-Hilangnya rasa hormat kepada bakal tajaan menjadikan anda dibenci.Kalau sudah dibenci akan sentiasa gagal bukan sahaja dalam menaja bahkan dalam semua urusan MLM.-Manusia didepan anda (bakal tajaan) walupun kedudukannya adalah manusia yang mesti dihormati.Setiap manusia walau apa pun tarafnya,jauh disudut hati mereka memang mengharap dihormati.jadi jangan sekali-kali menghampakan harapan mereka.Gagal memenuhi kehendak mereka mnyebabkan anda gagal
-Menghormati orang adalah mudah dan boleh terjadi secara natural iaitu menghormati bukan terpaksa menghormati.Secara natural juga anda akan menghormati jika sejak mula lagi anda:
1)menganggap semua orang didepan anda walau apa kedudukannya adalah orang yang penting dan mahu disnggap penting.Jangan abaikan kehendak semulajadi manusia ini.
2)Menghormati dan menganggap penting jangan sesekali kerana terpakasa atau sebab lain.Sebaliknya secara natural anda menghormati dan menganggap bakal tajaan anda orang yang penting.
3)Menyukai orang yang didepan anda.Ada perasaan natural anda menyukai orang yang didepan anda.Anda mencari sebab untuk menyukai bukan mencari sebab untuk tidak menyukai.

Menjangkakan Berjaya

-Tidak ramai menjangkakan berjaya,sebaliknya begitu ramai yang menjangkakan akan gagal.Melangkah sahaja hendak menaja sudah tahu akan gagal.Sudah menjangkakan akan gagal bukan menjangkakan kejayaan.
-Apabiola anda menjangkakan kegagalan :
1)Mengharap dan seolah-olah berdoa untuk gagal
2)Apa yang dijangkakan itulah yang diperolehi
3)Gerak laku anda akan menjuruskan kepada tidak boleh,tidak berjaya akhirnya menyebabkan kegagalan.4
)Sikap anda juga akan menjurus kepada kegagalan kerana sudah set akan gagal.

-Hanya perlu menukar jangkaan.itu sahaja.Menjangkakan kejayaan.Setiap kali hendak mel;angkah menaja set fikiran dan fizikal anda menjangkakan kejayaan.
1)Bawakan sikap'Tidak akan gagal".Apa perasaan anda bila anda telah tahu bahawa anda tidak akan gagal?Sudah tentu sikap dan geraklaku anda kea rah kejayaan.
2)Ingati kejayaan masa lalu sama ada berkaitan dengan menaja atau yang tidak ada kaitan dengan menaja.Dengan mengingati kejayaan anda akan menjadi lebih optimis dan menjangkakan kejayaan.
3)Hindari anggapan awal yang negatif.Apa yang dianggap selalunya akan terjadi.Tukar kepada anggapan awal yang positif.Ia sangat menguntungkan anda.

Tak Payah Kerja

-Inilah yang mesti dihindari.Jangan membuat gambaran apatah lagi menerangkan seolah-olah didalam Desquera"Tak payah bekerja".Duit datang,masuk terus ke dalam kad Impian Mastercard tanpa perlu bekerja
-Jangan sesekali memberi gambaran begini apatah lagi menerangkannya begitu.
-Memang dengan memberi gambaran begitu kan menarik ramai orang kerana sifat semulajadi manusia ialah mendapat sesuatu yang banyak tanpa perlu berkerja bersusah payah.
-Sekiranya disebut juga pasti akan menyebabkan kegagalan kerana:
1)Semasa menerangkan anda berasa tidak yakin kerana anda sendiri pun tahu bahawa mustahil boleh memperolehi pendapatan tanpa perlu bekarja.
2)Oarang ramai sudah meluat dengan 'gula-gula'begitu.Ingat anda bukan sahaja menaja orang bodoh yang boleh digula-gula sebaliknya orang sekarang bijak belaka.

-Jadi sebaik-baiknya jangan sesekali membuat gambaran tentang 'tak payah bekerja'.Membuat gambaran pun jangan apatah lagi memnyebutnya.Bagaimana jika anda pula yang ditanya.Jawab dengan berhikmah,"Apa pendapat anda kalau kita dapat kerja kemudian duduk diam-diam,bolehkah cukup bulan nanti kita mengambil gaji?.