CERITA ini dipadankan dari buku kedua karya Idris Mohd Said -- MAHKOTA KEJAYAAN. Kisahnya bermula bila telur burung helang diletakkan bersama telur ayam dibawah ibu ayam yang sedang mengeram. Sampai masa, telur burung helang itu menetas. “Emak!” -itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut anak helang bila pertama kali melihat ‘ibu’nya.
Membesarlah anak helang itu bersama anak-anak ayam lain.Ibu ayam itu tidak pernah membezakan kasih sayangnya terhadap anak helang itu walaupun agak berbeza penampilannya berbanding anak-anak yang lain. Kini anak helang itu sudah besar.
Sebagaimana lazimnya ayam yang sudah besar boleh‘terbang’ pada jarak yang dekat, begitu jugalah dengan helang tersebut.Pada suatu hari terlihatlah burung helang sedang terbang di udara dengan hebatnya. Anak helang itu kagum melihat cantik dan hebatnya burung helang itu terbang melayang-layang.
“Apa tu Mak?” Tanya anak helang.
“Oh, itulah burung helang.”Jawab emaknya. “Burung itu memang ditakdirkan boleh terbang tinggi di udara, bukan macam kita. Kita ditakdirkan hidup di atas tanah.” Anak helang itu mengangguk faham. Mulai hari itu setiap kali ternampak burung helang terbang melayang-layang di udara, anak helang itu memerhatikan dari tanah dengan kagum.
MORAL: Potensi diri boleh terkurung akibat pendidikan yang diterima dari suasana sekeliling.
Wednesday, April 2, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)