http://www.impianwarisan.com
Sudah bertahun tukang kebun itu mengandar bekas air di kanan kiri bahunya menggunakan kayu, melalui lorong yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga dikanan kiri lorong. Saban pagi tukang kebun itu akan melalui lorong itu setelah mengambil air dari sungai yang berhampiran untuk dibawa masuk ke dalam rumah tuannya.
Salah satu bekas air yang besar dan berat itu telah lama bocor, akan tetapi tukang kebun itu asyik terlupa saja untukmenampalnya. “Ah kecil saja bocor ini. Nanti bila dah tak boleh pakai, buang sajalah. Sementara ini pakailah terus.” Kata tukang kebun itu.Bocor tersebut makin lama makin besar. Tukang kebun itu baru saja hendak bersuara meminta bekas air yang baru dari tuannya, barulah dia menyedari sesuatu.
Barulah pada hari tersebut tukang kebun itu menyedari pokok-pokok bunga di kanan kiri lorong lebih subur, lebih menghijau berbanding tahun lepas. Lama dia memikirkan sebabnya barulah menyedari air yang mengalir keluar akibat kebocoran bekas air telah menyirami pokok-pokok bunga di kanan dan kiri lorong.
MORAL: Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Manusia yang zahirnya dianggap kurang, tidak berguna, tetap ada kelebihan yang tersembunyi.
MUTIARA KATA :
Jangan tunggu esok, jika boleh dibuat pada hari ini. [Saidina Ali Karamullah]
Dengan siapa anda bergaul sekarang , itulah gambaran masa depan anda [Kata Bijaksana]
http://www.impianwarisan.com
Friday, May 9, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)