Thursday, July 10, 2008

SEBAB IA PERCUMA

http://www.impianwarisan.com

IA PERCUMA sebab itulah tidak dihargai. Seandainya ia berbayar dan mahal, tentulah ia dihargai. Atau bila ia sudah tiada lagi barulah ia dihargai. Berapa orangkah yang benar-benar menghargai air? Tak ramai. Mengapa? Sebab ia murah dan boleh didapati dengan banyak dan murah. Air akan hanya dihargai bila kemarau dan adanya catuan.
MASA dan KUALITI adalah percuma. Kerana ia percuma, tidaklah ramai yang menghargainya. Berapa orang yang sebenarnya mengisi masa yang diperuntukkan untuk menjalankan perniagaan
MLM benar-benar mengisi masa tersebut? Tak ramai. Berapa orangkah yang mempunyai jadual harian untuk menjalankan perniagaan MLM dalam masa yang diperuntukkan? Tak ramai. Berapa orangkah sebenarnya yang berjaya di dalam MLM? Tak ramai. Mensia-siakan masa yang percuma bermakna mensia-siakan masa depan. Anda terpaksa “membayar” harga yang tinggi kerana mensia-siakan masa.
Tidak ramai yang memikirkan dan menerapkan kualiti dalam kehidupan seharian. Tidak ramai yang bertekad untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti semasa mengusahakan MLM. Bahkan ramai yang tidak tahu apa itu sebenarnya kualiti. Bukan tak tahu tetapi tak mahu tahu.
Masa dan Kualiti tak pernah kekal. Ia boleh pergi begitu sahaja jika anda tidak menghargainya. Selalunya ia disudahi dengan sesalan, jika tidak dihargai. SEBAB IA PERCUMA


Dari sumber : Razzi Armansur

http://www.impianwarisan.com